Monday, February 28, 2011

Laporan Kem Ikhtiar Hidup, Anugerah Alam Camp, Batangsi, Semenyih

Pada 25-27 Februari 2011, satu program Kem Ikhtiar Hidup (Tahap 1) telah diadakan di Anugerah Alam Camp, Batangsi, Semenyih dengan kerjasama Lang Buana Outdoors Activity. Bas bertolak dari UniKL MICET tepat pada pukul 3.00 petang. Para peserta tiba di luar kawasan kem kira-kira pada pukul 4.45 petang.

Para peserta menuju ke kawasan kem dengan menaiki kenderaan pacuan 4 roda. Kebanyakan peserta yang menyertai program ini tidak pernah merasai pengalaman sebegini. keadaan jalan tanah merah yang sungguh mencabar telah diterokai dan dirasai oleh semua peserta.

Taklimat ringkas diberikan sebelum para peserta diagihkan kepada tempat penginapan masing-masing. Semua peserta menginap di pondok berlantaikan dan berdindingkan buluh. Selepas minum petang, para peserta diberikan kebebasan untuk meneroka panorama sekeliling kawasan kem selain berehat. Untuk pengetahuan, program ini turut disertai oleh rakan-rakan dari USIM. Sesi ramah mesra antara peserta turut diadakan. Setelah majlis solat berjemaah diadakan, sesi ice-breaking diadakan. Ini bertujuan untuk mengenali di antara satu sama lain dengan semua peserta yang terlibat. Kebanyakan peserta yang terlibat merupakan mahasiswa Tahun Pertama. Selepas itu, modul pembangunan dan keyakinan diri diadakan untuk menaikkan semangat para peserta serta menguji keupayaan diri masing-masing. Program hari pertama diakhiri dengan minum malam dengan susasana sejuk serta hujan.

Hari kedua, setelah solat subuh berjemaah, semua peserta memulakan hari dengan aktiviti senam sihat. Aktiviti regangan badan dan jogging diadakan sehingga ke puncak menara (kira-kira 4-5km). Tepat jam 9.00 pagi, modul orienteering diadakan. Modul ini bertujuan untuk menguji kecekapan minda dan kesefahaman dalam kumpulan untuk mencari arah berpandukan kompas. Teori menggunakan kompas diadakan terlebih dahulu sebelum sesi praktikal diadakan. Semasa sesi praktikal, setiap kumpulan diberikan tugas untuk membuat check point berpandukan bearing yang ingin diletakkan. Kebiasaannya, peserta harus mencari bearing. tetapi kali ini, setiap kumpulan harus menandakan tempat-tempat tertentu dengan bearing yang tepat. Sesi kedua pula, kumpulan yang berlainan akan mencari tempat tuju berpandukan bearing yang telah diberikan oleh kumpulan yang lain. Semua kawasan kem, sungai, kebun dan hutan diterokai dengan hanya berpandukan bearing yang ditentukan sendiri oleh kumpulan lain. Aktiviti ini sungguh mencabar fizikal serta kesefahaman dan kerjasama dalam kumpulan apabila menghadapi saat-saat genting. Pada sebelah petang, aktiviti flying-foz diadakan. Dengan mengambil kira aspek keselamatan, semua peserta berjaya mengharungi cabaran ini. pada sebelah malam, camp-fire diadakan. Ia dipenuhi dengan aktiviti kebudayaan oleh setiap kumpulan dengan bertemakan konsep 60-an. Ternyata, waktu kuliah yang padat di kampus tidak melumpuhkan skill para peserta sebaliknya mencungkil bakat yang berlainan dengan membuat persembahan. Aktiviti malam diakhiri dengan sesi night-walk. Diakhir sesi ini, para peserta dilepaskan seorang demi seorang untuk pulang ke kawasan kem. Fobia berjalan seorang diri di waktu tengah malam dapat diatasi dengan jayanya di samping menikmati panorama indah di malam hari.

Hari terakhir dimulakan dengan aktiviti solat berjemaah, senam pagi dan sarapan pagi. Aktiviti yang diadakan seterusnya adalah trekking. peserta dibawa menyusuri jalan air, lawatan ke kebun buah dan sayuran serta lawatan ke tapak pembiakan ikan. Selepas minum pagi, aktiviti water obstacle diadakan. Para peserta harus menyusuri sungai dengan halangan-halangan yang ditetapkan. Mereka harus menjaga barang amanah iaitu lilin dan batang mancis. Strategi dirangka agar barang yang diamanahkan itu tidak basah atau hanyut dibawa arus deras. Semua kumpulan berjaya menghidupkan lilin yang bermakna mereka berjaya membawa cabaran ini dengan cemerlang. Program diakhiri dengan sesi penutup oleh para peserta dan para jurulatih.  




TERIMA KASIH KEPADA
SEMUA JURULATIH DAN SEMUA PESERTA 
YANG TERLIBAT


-YAKIN-BOLEH-GEMILANG-




riang-ria menaiki 4wd

berjaya tiba dengan selamat tanpa kecederaan.. ;D

di dalam rumah buluh..

Monday, February 21, 2011

Updates for Charity Battle of The Bands..





Few spaces are still available..
still interested?
contact us as soon as possible..
only for limited places.. :)

FIRST COME BASIS!!

Wednesday, February 9, 2011

Laporan Wawasan Desa Rakan Muda di Kg. Baruh Alai, Melaka

Bertempat di Kg. Baruh Alai, Melaka, satu program Wawasan Desa Rakan Muda telah dianjurkan oleh Sekretariat Rakan Muda UniKL MICET (SRM UniKL MICET) dengan kerjasama Bahagian Pekerja & Pelajar Antarabangsa (BPPA) dari Jabatan Ketua Menteri Melaka.

Program ini disertai seramai 40 orang peserta yang juga merupakan ahli Rakan Muda selama 3hari 2malam bermula 4 Februari 2011 - 6 Februari 2011. Program yang dianjurkan ini lebih menjurus terhadap aktiviti kemasyarakatan yang turut disarankan oleh Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Hj Mohd Ali Rustam. Pada hari pertama, majlis perasmian diadakan yang turut disaksikan oleh Pengerusi Homestay Kg. Baruh Alai; Tn Hj Akramuddin, Timbalan Pengarah BPPA, Cik Isma dan Pegawai HEMs UniKL MICET, En Taufik Abd Ghani. Pada sebelah malam, aktiviti suaikenal diadakan antara mahasiswa, keluarga angkat dan JKKK Kg. Baruh Alai.

Hari kedua program dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti seperti senam sihat, membersihkan kawasan sekitar Kg. Baruh Alai, penanaman pokok, membersih dan membaik pulih rumah PPRT, lawatan industri makanan (pembuatan dodol dan kuih tradisional) dan demonstrasi memadam kebakaran oleh pihak BOMBA. Sukaneka turut diadakan pada sebelah petang untuk mengeratkan hubungan antara mahasiswa dan penduduk kampung. Selain itu, ceramah agama juga diadakan di masjid Kg. Alai dan ceramah bertajuk Motivasi & Muhasabah yang dibawakan oleh En Fadzly b Samin (Panel Khas RKSK Jabatan Ketua Menteri) di balairaya Kg. Baruh Alai. Pada hari terakhir program, para peserta membuat aktiviti bersama ahli-ahli keluarga angkat masing-masing sebelum majlis penutup yang diadakan pada waktu tengahari.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada BPPA Jabatan Ketua Menteri Melaka yang telah bekerjasama menjayakan program ini. Sekalung penghargaan juga kepada RKSK, JKKK Kg. Alai, MBMB, JKR, GB4B Kg. Alai, PDRM, Ketua Bahagian/Ketua Pemuda/Ketua Wanita UMNO, Pusat Sumber, SWM Environment, JBTN Bomba & Penyelamat dan penduduk Kg. Baruh Alai yang turut terlibat dalam program ini.



di hadapan balairaya kg baruh alai

sesi minum minuman rasmi kg baruh alai : air kelapa


sesi penyerahan anak angkat

minum petang: soto

kegembiraan terpancar sinarnya.. :p

sesi latihan persembahan malam

makan2..

kumpulan nazam
 


















Thursday, February 3, 2011

Laporan Program 3K (Kemahiran Kritis & Kreatif)

Baru-baru ini pada 29 Januari 2011
bertempat di Kota Kuala Linggi,
Program 3K (Kemahiran Kritis & Kreatif)
telah diadakan bersama ahli jawatankuasa SRM UniKL MICET
(Sekretariat Rakan Muda UniKL MICET).

Antara aktiviti yang di adakan adalah:
  • bengkel kertas kerja
  • bengkel kepimpinan
  • bengkel kemahiran kritis
  • bengkel kemahiran kreatif
  • aktiviti LH
  • dll..
Dalam program ini, turut didedahkan dan dibincangkan mengenai perjalanan mesyuarat yang diadakan di
UniKL City Campus pada sebelah pagi.

Semoga SRM UniKL MICET lebih maju dan dapat menongkah arus kemodenan dan pembangunan dalam melahirkan mahasiswa yang berketrampilan dalam semua aspek bukan sahaja dalam bidang pendidikan malah dalam bidang softskills.

BBQ set
Khemah dipasang
Antara paha ayam yang dipanggang
sebahagian jawatankuasa yang terlibat

Wednesday, February 2, 2011

Laporan Program Wacana Perdana Pemikir Muda

Baru-baru ini, perwakilan dan ahli SRM UniKL MICET bersama mahasiswa UniKL MICET yang lain mengikuti program
Wacana Perdana Pemikir Muda bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad
di Dewan Besar UTeM, Melaka
pada 20 Januari 2011.

Ketokohan beliau bukan sahaja dalam bidang politik malah
juga dalam bidang pendidikan amat dihormati.

Melalui ucapan beliau, satu anjakan paradigma telah
terlahir di setiap minda dan pemikiran semua belia
yang hadir untuk terus menongkah arus pembangunan
dalam era globalisasi.


Wacana Perdana Pemikir Muda (Banner)


Tun Dr Mahathir Mohamad


Sebahagian perwakilan SRM UniKL MICET, GPMS dan mahasiswa UniKL MICET
bersama Penolong Pengarah BTN Melaka.


Happy Chinese New Year 2011


As the new year blossoms..
May the journey of your life be fragrant with new opportunities..
May This Rabbit Year brings you more fortune and happiness.
Your days be bright with new hopes and your heart be happy with love!

Happy Chinese New Year 2011.


Mesyuarat Pertama 2011 SRM UniKL MICET

Mesyuarat Pertama 2011 telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Januari 2011 di Dewan Kuliah 3 UniKL MICET.

Antara agenda yang dibincangkan adalah :
  1. Pengambilan AJK baru
  2. Perbincangan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan
  3. Sukarelawan Hari Belia 2011
  4. Anugerah Remaja Perdana
Semoga aktivit yang dirancangkan berlangsung dengan jayanya.