Wednesday, February 9, 2011

Laporan Wawasan Desa Rakan Muda di Kg. Baruh Alai, Melaka

Bertempat di Kg. Baruh Alai, Melaka, satu program Wawasan Desa Rakan Muda telah dianjurkan oleh Sekretariat Rakan Muda UniKL MICET (SRM UniKL MICET) dengan kerjasama Bahagian Pekerja & Pelajar Antarabangsa (BPPA) dari Jabatan Ketua Menteri Melaka.

Program ini disertai seramai 40 orang peserta yang juga merupakan ahli Rakan Muda selama 3hari 2malam bermula 4 Februari 2011 - 6 Februari 2011. Program yang dianjurkan ini lebih menjurus terhadap aktiviti kemasyarakatan yang turut disarankan oleh Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Hj Mohd Ali Rustam. Pada hari pertama, majlis perasmian diadakan yang turut disaksikan oleh Pengerusi Homestay Kg. Baruh Alai; Tn Hj Akramuddin, Timbalan Pengarah BPPA, Cik Isma dan Pegawai HEMs UniKL MICET, En Taufik Abd Ghani. Pada sebelah malam, aktiviti suaikenal diadakan antara mahasiswa, keluarga angkat dan JKKK Kg. Baruh Alai.

Hari kedua program dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti seperti senam sihat, membersihkan kawasan sekitar Kg. Baruh Alai, penanaman pokok, membersih dan membaik pulih rumah PPRT, lawatan industri makanan (pembuatan dodol dan kuih tradisional) dan demonstrasi memadam kebakaran oleh pihak BOMBA. Sukaneka turut diadakan pada sebelah petang untuk mengeratkan hubungan antara mahasiswa dan penduduk kampung. Selain itu, ceramah agama juga diadakan di masjid Kg. Alai dan ceramah bertajuk Motivasi & Muhasabah yang dibawakan oleh En Fadzly b Samin (Panel Khas RKSK Jabatan Ketua Menteri) di balairaya Kg. Baruh Alai. Pada hari terakhir program, para peserta membuat aktiviti bersama ahli-ahli keluarga angkat masing-masing sebelum majlis penutup yang diadakan pada waktu tengahari.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada BPPA Jabatan Ketua Menteri Melaka yang telah bekerjasama menjayakan program ini. Sekalung penghargaan juga kepada RKSK, JKKK Kg. Alai, MBMB, JKR, GB4B Kg. Alai, PDRM, Ketua Bahagian/Ketua Pemuda/Ketua Wanita UMNO, Pusat Sumber, SWM Environment, JBTN Bomba & Penyelamat dan penduduk Kg. Baruh Alai yang turut terlibat dalam program ini.



di hadapan balairaya kg baruh alai

sesi minum minuman rasmi kg baruh alai : air kelapa


sesi penyerahan anak angkat

minum petang: soto

kegembiraan terpancar sinarnya.. :p

sesi latihan persembahan malam

makan2..

kumpulan nazam
 


















No comments:

Post a Comment