Friday, December 31, 2010

Happy New Year 2011


Teruskan kecemerlangan bersama SRM UniKL MICET pada 2011 dalam perancangan 
program-program seperti:
  • Berkayak
  • Kembara Cinta Alam
  • Berbasikal
  • Charity Battle of The Band
  • Expedisi Brunei 
  • Explorasi gunung dan air terjun
  • Wawasan Desa
  • Water rafting
  • Summer Camp 
  • dan banyak lagi
Yakin Boleh Gemilang !!!

Thursday, December 30, 2010

JEJAK BELIA METROPLITAN SEMPENA SAMBUTAN AMBANG MERDEKA (GERAKAN AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR)



Pendahuluan

Semua pihak mempunyai harapan yang tinggi terhadap remaja dan belia sebagai golongan muda agar berperanan sebagai nadi penggerak utama dalam mempastikan keseimbangan tamadun dan pembangunan Negara. Walau bagaimanapun, pelbagai situasi gawat mendatangkan cabaran hebat kepada sebarang usaha untuk membentuk golongan muda. Usaha untuk membina remaja dan belia bukanlah perkara mudah, malah memerlukan iltizam yang tinggi dari semua pihak.

Pelajar yang menjadi harapan juga tidak mudah dibentuk sekiranya semua pihak tidak berfungsi dengan sempurna dalam mendidik golongan belia pewaris negara yang berkaliber, berwibawa dan berwawasan selari dengan cita dan misi negara.

ABIM seperti tahun-tahun yang lepas akan menganjurkan program sempena tahun Baru 2011 iaitu ’Jejak Belia Metropolitan’ dengan hasrat dapat melahirkan segelintir belia generasi pewaris negara yang berkaliber dan berwawasan.

Objektif

• Mendedahkan senario semasa rakan sebaya dan pengaruh.
• Mendedah persekitaran sosial bersama rakan sebaya
• Menyedia ruang interaksi dan cambahan pemikiran tentang senario melibatkan rakan sebaya dan proses sosialisasi
• Mencadangkan alternatif kepada rakan sebaya dalam pengaruh sosialisasi rakan remaja dan belia lain.

Tarikh dan Hari

31 Disember 2010- 1 Januari 2011

Tempat

Masjid Asy-Syakirin KLCC


Sasaran

150 orang penyertaan.
Terbuka- Remaja dan Belia
Individu yang terlibat dan berminat untuk hadir


Anjuran & Kerjasama

• Angkatan Belia Islam Malaysia
• Masjid Asy-Syakirin, KLCC
• Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
• Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
• Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD)
• Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan (PPIWP)
• Skuad Prihatin ABIM


Jadual Program

10:30 pagi – 3:00 petang : Kempen Derma Darah

12:00 t.hari – 2:30 petang : Tazkirah Khas Sempena Sambutan Ambang
2011
Oleh : Ust. Jaafar Muahammad (Abu Faiz)

Solat Jumaat

2:30 - 4:30 petang : Jejak Belia Metropolitan

2:30 – 3:00 petang : Pendaftaran

3:00 -4:00 petang : Pengisian khas untuk Sukarelawan
Oleh Ust. Hanafi Abdul Malek (SIDIM)

4:00 – 4:30 petang : Pelancaran Sambutan 40 Tahun ABIM

“Memimpin Belia Islam”
Oleh: Presiden ABIM

Pelepasan Skuad Jejak Belia

4:30 – 5:00 petang : Solat Asar

5:30 – 6:45 petang : Taklimat Modus Operandi & Operasi
Oleh : Ust. Hanafi & Penyelaras Program

6:45 petang- 9:15 malam : Makan Malam

Solat Maghrib

Solat Isya’

9:15- 10:30 malam : Forum Sambutan Ambang 2011

10:30 malam- 1 pagi : Operasi Skuad Jejak Belia

12:00 – 12:30 pagi : Pertunjukan Bunga Api
Penangguhan dengan selawat

3:30 pagi : Qiyamullail Perdana

5:45 pagi : Solat Subuh & Fajar Forum
‘Kebangkitan Generasi Harapan’
Oleh Ust. Mohd Naim Mohd Noor &
Sdr. Jufitri Joha

7:00 pagi : Sarapan

9:00 pagi – 12:00 t.hari : Skuad Jejak Belia
- Membelah Hutan KLCC/
- Perbincangan hasil kajiselidik / Rumusan Operasi Skuad Jejak Belia & Pembentangan Kumpulan

12:00 t.hari-1:30 petang : Majlis Perasmian Penutup
Sambutan Ambang 2011

Makan Tengah hari/ Solat Zohor/ Bersurai

Wednesday, December 29, 2010

Karnival Semarak 1Belia 1Malaysia



Tarikh: 31 Disember 2010 6.00pm - 1 Januari 2011 6.00pm

Tempat:  Kompleks Belia & Sukan Kg Pandan, Kuala Lumpur
ATURCARA :

Jumaat, 31 Disember 2010

6.30petang ( Ketibaan) 
6.45 ptg (Ketibaan Ketua Pengarah JBSN) 
7.30 mlm (Solat Maghrib Berjemaah)
7.45 mlm (Perasmian Majlis Sambutan Diambang Malam Tahun Baru 2011) 
8.15 mlm (Tazkirah) 
8.50 mlm (Solat Isyak Berjemaah) 
9.15 mlm (Makan Malam, Nasyid, Kompang Kontemporari, Deklamasi Sajak) 
12.00 mlm (Sambutan Malam Tahun Baru 2011, Doa, Lagu Negaraku/ Upacara Menaikkan Bendera Malaysia) 
12.30 mlm (Kerja-kerja Persiapan Tempat untuk Karnival Bermula)

Sabtu, 1 Januari 2011

8.15 pagi (Senamrobik Beramai-ramai) 
8.45 pagi (Persiapan Gerai Pameran dan Jualan/ Pendaftaran Aktiviti) 
9.00 pagi (Semua Pertandingan bermula - Senamrobik 1 Belia 1 Malaysia, Aerobikton, Pertandingan Mr. Gim, Pertandingan Futsal, Pertandingan Bola Jaring, Pertandingan Senamrobik, Pertandingan 3 on 3 Bola Keranjang, X-Plorace 1 Belia 1 Malaysia, Pertandingan Cyber Game, The Sound Of Music
9.45 pg (Ketibaan Y.B Dato’ Razali bin Haji Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia) 
10.00pg : Pelancaran Bilik Sekretariat /Sukarelawan WPKL (Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda ) 10.30pg: Perlawanan Futsal Persahabatan Pasukan VIP bersama Pasukan MARET MUD
11.00pg: Ucapan Perasmian Karnival Semarak 1 Belia 1 Malaysia , Lawatan ke Tapak Pameran dan Lokasi Pertandingan, Senamrobik 1 Belia 1 Malaysia, Pertandingan Mr. Gym, Pertandingan Futsal, Pertandingan & Klinik Bola Jaring, Pertandingan Senamrobikton, Pertandingan 3 on 3 Basketball, X-Plorace 1 Belia 1 Malaysia, Pertandingan Shuffle, Pertandingan Hip Hop, Pertandingan Cyber Games
4.00ptg: Ketibaan Y.Bhg. Dato’ Mohid bin Mohamed (Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (Ketibaan Dato’KSU disambut dan diiringi oleh Kumpulan Drumline) 
4.30ptg: Lawatan ke Khemah Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dan Majlis Pentauliahan dan Penganugerahan Pingat Gangsa dan Perak Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda WPKL 
5.15 ptg: Persembahan Drumline & Hip Hop 
5.30 ptg: Majlis Penyampaian Hadiah Karnival Semarak 1 Belia 1 Malaysia, Penyampaian Cenderahati 
6.00 ptg : Jamuan Minum Petang

Saturday, December 25, 2010

MERRY CHRISTMAS



Sekretariat Rakan Muda UniKL MICET 
Wish all SRM UniKL MICET's member that celebrate Christmas..

May this festival bring abundant 
joy and happiness 
in your life! 

Wish you a Merry Christmas!


Wednesday, December 22, 2010

Perkhemahan Perpaduan 1Malaysia

PERKHEMAHAN PERPADUAN Sekretariat Rukun Negara 1 MALAYSIA
NUR LEMBAH BESTARI HULU YAM,SELANGOR

27-30 DECEMBER 2010

* satu perkhemahan gabungan seluruh IPT Malaysia akan diadakan di tempat yang dinyatakan di atas .

Dengan segala hormatnya dijemput Tuan/Puan/Cik untuk menyertai Pekhemahan ini.

yuran penyertaan adalah percuma. Tempat terhad!!

jom camping..=)

Sila serahkan nama, no tel, email dan nama IPT anda kepada srm.unikl.micet@gmail.com
untuk keterangan lanjut sila hubungi

En. Saiful-013-3552591
En. Amin-013-4920903

*penyertaan hanya kepada pelajar IPT sahaja. Pelajar bangsa cina, india dan lain-lain amat dialu-alukan.

Tuesday, December 21, 2010

Anugerah Remaja Perdana (ARP)


Aspirasi Perdana Menteri ke arah wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju, telah menggariskan keperluan untuk negara supaya mempunyai golongan belia yang berdisiplin, berpengetahuan, baikdari segi moral dan rohani, prihatin, dan kaya dengan nilai-nilai murni. Kesemua nilai-nilai ini adalah periu untuk membentuk golongan belia yang mampu meneruskan kegemilangan pembangunan negara di masa hadapan. Selain itu, nilai-nilai ini penting untuk melindungi golongan belia daripada pengaruh anasir-anasir negatif dalam persekitaran mereka.

Dalam usaha untuk membolehkan mereka memenuhi aspirasi ini terdapat beberapa program telah diwujudkan dan salah satu daripadanya adalah Skim Anugerah Remaja Perdana untuk generasi masa kini dan ianya telah dilaksanakan dengan jayanya dilebih dari 100 buah negara. Program Anugerah Remaja Perdana ini telah menganggotai Pertubuhan Anugerah Antarabangsa yang beribu pejabat di London.

Program Anugerah ini diperkenalkan di Malaysia di bawah program Rakan Muda untuk golongan belia dalam lingkungan umur 14 tahun hingga tidak lebih daripada 25 tahun.

  • Anugerah Pingat Emas
  • Anugerah Pingat Perak
  • Anugerah Pingat Gangsa

Dapatkan borang dan informasi untuk menyertai ARP 
di
Mesyuarat Bulanan (Januari 2011)
pada
13 Januari 2011
(Khamis)
8.30 malam 
di 
Dewan Kuliah 1

JUMPA DI SANA !!!

Tuesday, December 14, 2010

AKTIVITI SANA-SINI

PERHIMPUNAN WIRA NEGARA REVOLUSI 1MALAYSIA

Tempat: Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Tarikh: 7 Januari 2011 - 9 Januari 2011
Masa: 9.00 pagi - 3.00petang
...

 
Aktiviti:
-Sprint Test Drag Racing Motor
-Freestyle Motorbike Open Competition
-Underground Indie Band 1Malaysia
-Kick Boxing Muay Thai Open Competition
-King of Drift Challenge 1Malaysia
-Autoshow
-Motorsport Skill Riding
-Exhibitions

Kursus Jurulatih Rekreasi Tahap 1

Bertempat di Kem PLKN Lagenda pada 17 Oktober 2010, berlangsungnya satu kursus Jurulatih Rekreasi tahap 1 anjuran KBS dan Politeknik Merlimau. Program ini disertai seramai 115 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai institusi pengajian tinggi. SRM UniKL MICET telah menghantar wakil seramai 20 orang untuk pentauliahan kursus ini. Selepas ini, Tahap 2 pula ya!!

Asas Ikatan Tali
Asas Pertolongan Cemas
Peserta Lelaki Kursus Jurulatih Tahap 1
Peserta Perempuan Kursus Jurulatih Tahap 1
Aktiviti Abseilling

Program Sukarelawan Kemerdekaan



Time
Sunday, August 29 2010 · 12:00pm - 9:00pm

Location

Wad Kanak-Kanak Hospital Melaka dan Dataran MBMB Ayer Keroh, Melaka

Program Sukarelawan Kemerdekaan ini merupakan program julung-julung kalinya diadakan oleh SRM UniKL MICET. Program ini telah disertai seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa. Program ini telah dijalankan di wad kanak-kanak pada pukul 2.00petang.


Sesi menandatangani buku pelawat dilakukan oleh Presiden SRM UniKL MICET, Saudari Fatin Syaheera Bt Yahya dan Pengarah Program, Saudari Nur Amira Najiha. Program ini diteruskan dengan sesi ramah mesra bersama pesakit-pesakit.

Pelbagai aktiviti dijalankan termasuklah sesi pembelajaran (akademik), sesi pemantapan minda dan pemberian cenderahati yang disumbangkan oleh pihak sponsors dari individu dan syarikat2 swasta. Program ini juga merupakan program kerjasama bersama Jabatan Ketua Menteri Melaka Bahagian Pelajar dan Pekerja Antarabangsa.

Sekitar jam 4.30 petang, sesi nyanyian lagu patriotik diadakan bersama warga Hospital Melaka dan pesakit-pesakit. Pada pukul 5.15 petang, sesi fotografi dan sesi pemberian Jalur Gemilang diadakan di sekitar perkarangan hospital.

Sementara menunggu waktu berbuka, para peserta berkumpul di Dataran MBMB untuk sesi perkenalan sesama peserta dan aktiviti peningkatan prestasi dan membina daya keyakinan diri.

Diharap, program ini akan menjadi program wajib diadakan setiap semester.




Sesi menandatangani buku pelawat oleh presiden SRM UniKL MICET
Sesi menandatangani buku pelawat oleh pengarah program
sesi nyanyian lagu patriotik


Peserta bersama pesakit
peserta bersama pesakit

sesi nyanyian lagu patriotik

kakitangan hospital melaka

para peserta bersama pesakit
sesi nyanyian
Keratan Akhbar Utusan Melayu
Sebahagian Peserta Program Sukarelawan Kemerdekaan

para peserta selepas pemberian jalur gemilang kepada orang ramai