Time
Sunday, August 29 2010 · 12:00pm - 9:00pm
Location
Wad Kanak-Kanak Hospital Melaka dan Dataran MBMB Ayer Keroh, Melaka
Program Sukarelawan Kemerdekaan ini merupakan program julung-julung kalinya diadakan oleh SRM UniKL MICET. Program ini telah disertai seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa. Program ini telah dijalankan di wad kanak-kanak pada pukul 2.00petang.
Sesi menandatangani buku pelawat dilakukan oleh Presiden SRM UniKL MICET, Saudari Fatin Syaheera Bt Yahya dan Pengarah Program, Saudari Nur Amira Najiha. Program ini diteruskan dengan sesi ramah mesra bersama pesakit-pesakit.
Pelbagai aktiviti dijalankan termasuklah sesi pembelajaran (akademik), sesi pemantapan minda dan pemberian cenderahati yang disumbangkan oleh pihak sponsors dari individu dan syarikat2 swasta. Program ini juga merupakan program kerjasama bersama Jabatan Ketua Menteri Melaka Bahagian Pelajar dan Pekerja Antarabangsa.
Sekitar jam 4.30 petang, sesi nyanyian lagu patriotik diadakan bersama warga Hospital Melaka dan pesakit-pesakit. Pada pukul 5.15 petang, sesi fotografi dan sesi pemberian Jalur Gemilang diadakan di sekitar perkarangan hospital.
Sementara menunggu waktu berbuka, para peserta berkumpul di Dataran MBMB untuk sesi perkenalan sesama peserta dan aktiviti peningkatan prestasi dan membina daya keyakinan diri.
Diharap, program ini akan menjadi program wajib diadakan setiap semester.
Sesi menandatangani buku pelawat oleh presiden SRM UniKL MICET |
Sesi menandatangani buku pelawat oleh pengarah program |
sesi nyanyian lagu patriotik |
Peserta bersama pesakit |
peserta bersama pesakit |
sesi nyanyian lagu patriotik |
kakitangan hospital melaka |
para peserta bersama pesakit |
sesi nyanyian |
![]() |
Keratan Akhbar Utusan Melayu |
![]() |
Sebahagian Peserta Program Sukarelawan Kemerdekaan |
para peserta selepas pemberian jalur gemilang kepada orang ramai |
No comments:
Post a Comment