Thursday, June 16, 2011

FORUM GENERASI MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN 2011




TEMPAT, TARIKH DAN ANJURAN



Tempat: Kelana Resort Seremban, Jalan Penghulu Cantik, Taman Tasik Seremban, Negeri Sembilan


Tarikh: 1 – 3 Julai 2011 (3 hari 2 malam)


Anjuran: Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS).


Peserta mestilah memiliki kriteria seperti berikut:



2.1 Belia berumur 18 – 40 tahun


2.2 Warganegara Malaysia


2.3 Pelbagai Kaum dan Etnik


2.4 Mempunyai ciri-ciri memimpin dan sedia dipimpin


2.5 Pemimpin NGO’s, pemimpin masyarakat, mahasiswa/i, dan individu
 
 
PERATURAN SEMASA FORUM



1. Peserta adalah DIWAJIBKAN untuk menghadiri setiap sesi / aktiviti / ceramah / sepanjang forum dilaksanakan.


2. Para peserta adalah digalakkan untuk membawa komputer riba sendiri.


3. Peserta hendaklah berpakaian kemas dan sopan.


4. Pemakaian jeans dan selipar adalah DILARANG sama sekali.


5. Bagi peserta yang beragama Islam adalah diwajibkan untuk membawa bersama pakaian solat.


6. Peserta hendaklah membawa pakaian riadah seperti track bottom, t-shirt berkolar dan kasut sukan.


7. Peserta hendaklah berada di dalam dewan atau bilik sindiket selewat-lewatnya 5 minit sebelum setiap sesi / aktiviti / ceramah / bengkel bermula.


8. Peserta DILARANG merokok sepanjang setiap sesi / aktiviti / ceramah / bengkel berlangsung.


9. Peserta DIWAJIBKAN menggunakan mode ‘silent’/senyap kepada telefon bimbit ketika setiap sesi / aktiviti / ceramah / bengkel berlangsung.


10. Peserta bertanggungjawab menjaga disiplin masing-masing dan memastikan kebersihan keseluruhan tempat sepanjang forum dilangsungkan.


Turut akan disertai oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Executive Chairman Encorp Bhd, CEO Kumpulan Air Asia Berhad, Presiden Bloghouse Malaysia, YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamed, Mantan Perdana Menteri Malaysia, CEO, Malaysian Biotech Corp, Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi dll.

Kepada mana-mana belia yang berminat untuk menyertai program ini, sila berikan email anda ke srm.unikl.micet@gmail.com dengan kadar segera sebelum 21 JUN 2011.

1 comment:

  1. kna byr x? transport ade x from micet? cam bez je!srm micet, sape yg pg?

    ReplyDelete