Sunday, July 17, 2011

SUKARELAWAN FIESTA BELIA 1MALAYSIA

[SUKARELAWAN FIESTA BELIA 1MALAYSIA DIPERLUKAN]

Assalamualaikum dan Salam 1Belia 1Malaysia. FIESTA BELIA 1MALAYSIA akan diadakan pada 23-24 Julai 2011 (Sabtu dan Ahad) bertempat di MAEPS Serdang, Selangor. Program anjuran Worldwide Far East... Berhad dengan kerjasama dan sokongan Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Belia Malaysia akan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Pelbagai acara, pertunjukan dan pertandingan diadakan. Sehubungan itu, jemputan terbuka kepada 100 orang belia lelaki dan perempuan tanpa mengira latarbelakang agama dan bangsa untuk tampil sebagai KREW SUKARELAWAN FIESTA BELIA 1MALAYSIA pada hari berkenaan. Penginapan, makan dan minum disediakan.

Jika berminat, sila kirimkan maklumat dirianda seperti NAMA, NO. KP, ALAMAT, NO TELEFON ke ‘inbox’ En Rizan atau email kepada khidmatbelia@gmail.com atau SMS kepada 0137733676. Terima kasih

RIZAN HASSAN | DUTA FIESTA BELIA 1MALAYSIA | 0137733676
FB Fiesta Belia 1Malaysia: http://www.facebook.com/gsLHQf​yRX.

No comments:

Post a Comment