Tuesday, December 21, 2010

Anugerah Remaja Perdana (ARP)


Aspirasi Perdana Menteri ke arah wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju, telah menggariskan keperluan untuk negara supaya mempunyai golongan belia yang berdisiplin, berpengetahuan, baikdari segi moral dan rohani, prihatin, dan kaya dengan nilai-nilai murni. Kesemua nilai-nilai ini adalah periu untuk membentuk golongan belia yang mampu meneruskan kegemilangan pembangunan negara di masa hadapan. Selain itu, nilai-nilai ini penting untuk melindungi golongan belia daripada pengaruh anasir-anasir negatif dalam persekitaran mereka.

Dalam usaha untuk membolehkan mereka memenuhi aspirasi ini terdapat beberapa program telah diwujudkan dan salah satu daripadanya adalah Skim Anugerah Remaja Perdana untuk generasi masa kini dan ianya telah dilaksanakan dengan jayanya dilebih dari 100 buah negara. Program Anugerah Remaja Perdana ini telah menganggotai Pertubuhan Anugerah Antarabangsa yang beribu pejabat di London.

Program Anugerah ini diperkenalkan di Malaysia di bawah program Rakan Muda untuk golongan belia dalam lingkungan umur 14 tahun hingga tidak lebih daripada 25 tahun.

  • Anugerah Pingat Emas
  • Anugerah Pingat Perak
  • Anugerah Pingat Gangsa

Dapatkan borang dan informasi untuk menyertai ARP 
di
Mesyuarat Bulanan (Januari 2011)
pada
13 Januari 2011
(Khamis)
8.30 malam 
di 
Dewan Kuliah 1

JUMPA DI SANA !!!

No comments:

Post a Comment