Thursday, December 30, 2010

JEJAK BELIA METROPLITAN SEMPENA SAMBUTAN AMBANG MERDEKA (GERAKAN AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR)



Pendahuluan

Semua pihak mempunyai harapan yang tinggi terhadap remaja dan belia sebagai golongan muda agar berperanan sebagai nadi penggerak utama dalam mempastikan keseimbangan tamadun dan pembangunan Negara. Walau bagaimanapun, pelbagai situasi gawat mendatangkan cabaran hebat kepada sebarang usaha untuk membentuk golongan muda. Usaha untuk membina remaja dan belia bukanlah perkara mudah, malah memerlukan iltizam yang tinggi dari semua pihak.

Pelajar yang menjadi harapan juga tidak mudah dibentuk sekiranya semua pihak tidak berfungsi dengan sempurna dalam mendidik golongan belia pewaris negara yang berkaliber, berwibawa dan berwawasan selari dengan cita dan misi negara.

ABIM seperti tahun-tahun yang lepas akan menganjurkan program sempena tahun Baru 2011 iaitu ’Jejak Belia Metropolitan’ dengan hasrat dapat melahirkan segelintir belia generasi pewaris negara yang berkaliber dan berwawasan.

Objektif

• Mendedahkan senario semasa rakan sebaya dan pengaruh.
• Mendedah persekitaran sosial bersama rakan sebaya
• Menyedia ruang interaksi dan cambahan pemikiran tentang senario melibatkan rakan sebaya dan proses sosialisasi
• Mencadangkan alternatif kepada rakan sebaya dalam pengaruh sosialisasi rakan remaja dan belia lain.

Tarikh dan Hari

31 Disember 2010- 1 Januari 2011

Tempat

Masjid Asy-Syakirin KLCC


Sasaran

150 orang penyertaan.
Terbuka- Remaja dan Belia
Individu yang terlibat dan berminat untuk hadir


Anjuran & Kerjasama

• Angkatan Belia Islam Malaysia
• Masjid Asy-Syakirin, KLCC
• Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
• Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
• Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD)
• Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan (PPIWP)
• Skuad Prihatin ABIM


Jadual Program

10:30 pagi – 3:00 petang : Kempen Derma Darah

12:00 t.hari – 2:30 petang : Tazkirah Khas Sempena Sambutan Ambang
2011
Oleh : Ust. Jaafar Muahammad (Abu Faiz)

Solat Jumaat

2:30 - 4:30 petang : Jejak Belia Metropolitan

2:30 – 3:00 petang : Pendaftaran

3:00 -4:00 petang : Pengisian khas untuk Sukarelawan
Oleh Ust. Hanafi Abdul Malek (SIDIM)

4:00 – 4:30 petang : Pelancaran Sambutan 40 Tahun ABIM

“Memimpin Belia Islam”
Oleh: Presiden ABIM

Pelepasan Skuad Jejak Belia

4:30 – 5:00 petang : Solat Asar

5:30 – 6:45 petang : Taklimat Modus Operandi & Operasi
Oleh : Ust. Hanafi & Penyelaras Program

6:45 petang- 9:15 malam : Makan Malam

Solat Maghrib

Solat Isya’

9:15- 10:30 malam : Forum Sambutan Ambang 2011

10:30 malam- 1 pagi : Operasi Skuad Jejak Belia

12:00 – 12:30 pagi : Pertunjukan Bunga Api
Penangguhan dengan selawat

3:30 pagi : Qiyamullail Perdana

5:45 pagi : Solat Subuh & Fajar Forum
‘Kebangkitan Generasi Harapan’
Oleh Ust. Mohd Naim Mohd Noor &
Sdr. Jufitri Joha

7:00 pagi : Sarapan

9:00 pagi – 12:00 t.hari : Skuad Jejak Belia
- Membelah Hutan KLCC/
- Perbincangan hasil kajiselidik / Rumusan Operasi Skuad Jejak Belia & Pembentangan Kumpulan

12:00 t.hari-1:30 petang : Majlis Perasmian Penutup
Sambutan Ambang 2011

Makan Tengah hari/ Solat Zohor/ Bersurai

No comments:

Post a Comment